Informasi Permainan Video Terkini
Mod Zombi Mungkin Akan Tiba Buat PUBG Mobile Bulan Ini

Mod Zombi Mungkin Akan Tiba Buat PUBG Mobile Bulan Ini

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana PUBG Mobile dan Resident Evil 2 bakal berkolaborasi untuk kandungan baharu buat permua tersebut. Namun, sejak pengumumannya, Capcom mahupun PUBG Corp tidak berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Terkini, melalui laporan FoxSport Asia, tampaknya kolaborasi tersebut mungkin akan dilancarkan bulan ini yang mana mereka mungkin bakal membawa mod bertempur bersama zombi buat permainan PUBG Mobile.

Berdasarkan imej di atas, tampaknya terdapat beberapa pemain menjumpai mayat-mayat zombi di sekitar peta kawasan Eragel. Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa akan terdapat darah-darah berwarna hitam, dimana ianya adalah darah buat zombi-zombi tersebut.

Sememangnya ini merupakan mod yang menarik dan tepat dengan bulan pelancaran Resident Evil 2 yang bakal tiba hujung bulan ini. Selain itu memandangkan acara kolaborasi tersebut diumumkan hampir sebulan lepas, kami percaya ianya bakal diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Walaupun begitu, dari segi informasi mahupun bentuk permainan tersebut, pihak Tencent mahupun PUBG Corp masih belum mengumumkannya lagi. Seperti biasa, kami akan kongsikannya jika mereka mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN