Bentuk pertempuran Royale sememangnya terkenal dikalangan pemain-pemain terkini seperti permainan PUBG dan Fortnite yang mana salah satu permainan pertempuran Royale yang sangat terkenal di pelbagai platform.
Terkini, permainan simulasi berkebun Stardew Valley, juga menerima mod pertempuran Royale yang mana meletakkan pemain untuk bertempur dengan 100 pemain lain dan pemain terakhir yang masih hidup akan digelar juara.
Dengan nama Battle Royalley, mod pertempuran Royale dihasilkan oleh peminat sebagai mod buat permainan Stardew Valley. Ini sekaligus memerlukan pemain untuk memiliki permainan Stardew Valley tersebut dahulu di PC untuk mencubanya.
Walaupun begitu, melalui laporan Kotaku, mod tersebut tampaknya tidak boleh dimainkan dan mempunyai sebilangan masalah. Sekaligus kami sendiri juga menyarankan anda untuk tidak memasangkannya lagi memadangkan ianya adalah mod tidak rasmi oleh peminat.
Walaupun begitu, bagi anda yang berminat untuk mencubanya dan ingin mengambil risiko untuk memasangkannya di permainan Stardew Valley, anda boleh melayari laman Nexus Mod dibawah untuk memuat-turun mod tersebut.