Skip to main content

Bandai Namco sebelum ini berkongsi satu video acah yang memfokuskan penceritaan serta memperlihat fungsi mereka watak sendiri. Di dalam video tersebut diperlihatkan juga dua watak baharu yang akan disertakan di dalam permainan ini iaitu Deku daripada My Hero Academia dan Asta daripada Black Clover.

Namun, kedua-dua watak tersebut hanya diperlihatkan untuk masa yang singkat sahaja. Sehinggalah minggu lepas apabila Bandai Namco berkongsi satu lagi video acah yang memperlihatkan lebih mendalam mengenai Deku dan juga Asta.

Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply