Sebelum ini, Silicon Studio, iaitu pembangun permainan siri Bravely Default mengacahkan bahawa mereka bakal membawa permainan seterusnya buat siri tersebut. Terkini melalui akaun Twitter rasmi permainan Bravely Default, tampaknya studio tersebut sememangnya sedang membangun permainan baharu.
Melalui kenyataan diatas, Silicon Studio menyatakan bahawa mereka kini sememangnya sedang membangun permainan baharu dan mereka berharap permainan baharu mereka akan diminati ramai.
Sememangnya ini adalah satu perkara yang sangat menarik untuk pembangun tersebut memadangkan siri Bravely Default mendapat pelbagai pujian ramai dengan bentuk klasik JRPG.
Buat masa ini, Square-Enix mahupun Silicon Studio masih belum berkongsi sebarang informasi berkenaannya, seperti biasa akan kami kemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.