Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Captain Marvel Baru Memperlihatkan Kehadiran Skrull Ke Bumi

Video Acah Captain Marvel Baru Memperlihatkan Kehadiran Skrull Ke Bumi

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Skrull adalah makhluk asing dan juga musuh dalam filem Marvel terbaru, Captain Marvel. Ia merupakan makhluk boleh berubah bentuk atau menyamar. Dalam video acah terbaru, ia memperlihatkan kehadiran Skrull ke bumi dan mula menyamar sebagai manusia.

Selain daripada Skrull, dari video ini turut memperlihatkan bagaimana Carol Danvers bertemu dengan Nick Fury. Babak ini mungkin pertemuan pertama antara mereka berdua dan mula mempercayai antara satu sama lain untuk bekerjasama melindungi bumi. Mengejutkan, di hujung video terdapat suara yang jelas bertanya ‘think they can find others?‘. Ia adalah suara Phil Coulson dan mungkin ini adalah soalan yang bertanyakan untuk mencari ahli Avengers lain atau mungkin disebaliknya.

Captain Marvel akan hadir ke pawagam Malaysia lebih kurang dua bulan lagi. Jangan lupa, Captain Marvel adalah filem yang akan menentukan nasib Avengers Infinity War yang kemudiannya akan bersambung terus ke Avengers End Game.


TIPS & ULASAN