Skybound sebelum ini mengumumkan yang mereka akan meneruskan pembangunan untuk The Walking Dead: The Final Season selepas penutupan Telltale Games.

Mereka juga sebelum ini mengumumkan yang episod seterusnya untuk permainan tersebut akan dikeluarkan pada 15 Januari 2019. Hari ini, mereka berkongsi video acah yang memperlihatkan sebahagian adegan yang akan disertakan di dalam episod tersebut.

Seperti biasa, ia memfokuskan kepada keputusan yang perlu dibuat oleh Clementine bersama dengan AJ. Ulasan untuk episod pertama sudah kami keluarkan, manakala untuk episod ke-2 dan ke-3 kami akan sertakan apabila episod ke-3 dikeluarkan nanti.

The Walking Dead: The Final Season boleh diperoleh melalui kedai dalam talian PS Store ataupun Xbox Store. Manakala untuk PC, ia dijual secara eksklusif di Epic Games Store.

Bacaan Lanjut: Ulasan The Walking Dead: The Final Season – Episod Pertama: Done Running


Sohor Kini