EA Mengumumkan Spesifikasi PC Untuk Anthem

Bagi anda yang ingin bermain permainan akan datang oleh Bioware, iaitu Anthem menjelang Februari ini di PC, anda mungkin perlu melihat dahulu spesifikasi buat permainan tersebut.

Berikut adalah spesifikasi untuk PC bagi tetapan minimum dan yang dicadangkan:

Spesifikasi Minima

  • OS: 64-bit Windows 10
  • CPU: Intel Core i5 3570 atau AMD FX-6350
  • RAM: 8GB
  • GPU: NVIDIA GTX 760, AMD Radeon 7970 / R9280X
  • GPU RAM: 2GB
  • STORAN: Sekurangnya 50GB ruangan storan
  • DIRECTX: DirectX 11

Spesifikasi Dicadangkan

  • OS: 64-bit Windows 10
  • CPU: Intel Core i7-4790 3.6GHz atau AMD Ryzen 3 1300X 3.5 GHz
  • RAM: 16GB
  • GPU: NVIDIA GTX 1060/ RTX 2060, AMD RX 480
  • GPU RAM: 4GB
  • STORAN: Sekurangnya 50GB ruangan storan
  • DIRECTX: DirectX 11

Selain itu, melalui laman rasmi Anthem, EA juga menyatakan permainan ini akan menyokong alat kawalan Xbox One buat Windows dan juga ianya memerlukan sambungan Internet berterusan untuk bermain.

Sebelum ini, EA juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo buat permainan tersebut bermula 1 Februari 2019. Namun bagi mereka yang mempunyai langganan EA Access, mereka berpeluang untuk mendapatkan akses untuk demo Anthem seawal 25 Januari 2019 ini.

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang mempunyai EA Access, anda berpeluang untuk bermainnya bermula 15 Februari 2019.

Sohor Kini