Skip to main content

Dead Or Alive 6 iaitu permainan perlawanan akan datang oleh Koei Tecmo dan Team Ninja, kini diumumkan akan ditundakan tarikh pelancarannya.

Permainan tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan pada Februari ini, namun kini menurut Team Ninja ianya bakal tiba pada 1 Mac 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Menurut penerbit permainan tersebut, Yohei Shimbori menyatakan bahawa mereka masih memerlukan masa untuk membangun dan mengimbangkan permainan Dead Or Alive 6, sekaligus untuk memastikan permainan tersebut dilancarkan dalam keadaan yang baik, mereka mengambil keputusan untuk menundakannya. Beliau juga mengucapkan mohon maaf buat peminat melalui laman rasmi Team Ninja tersebut.

Sememangnya pilihan untuk menundakan permainan daripada melancarkan permainan yang rosak adalah satu pilihan yang bagus buat pihak Team Ninja. Tambahan itu, tarikh pelancarannya tidaklah terlalu jauh berbanding tarikh asal dan buat mereka yang tidak sabar untuk bermainnya, tampaknya anda perlu menanti sehingga Mac kelak untuk berpeluang bermain Dead Or Alive 6.

Leave a Reply