Skip to main content

Salah satu dari 5 filem menarik yang bakal ditayangkan pada bulan Januari 2019 adalah Glass. Ia adalah sekuel kepada dua filem arahan
M. Night Shyamalan, Split (2017) dan Unbreakable (2000). Secara tidak langsung, tiga filem ini adalah trilogi M. Night Shyamalan yang menggabungkan pelakon hebat; Bruce Willis sebagai David Dunn, Samuel L. Jackson sebagai Mr. Glass dan James McAvoy sebagai The Beast dan banyak lagi personaliti lain.

Terkini, satu video eksklusif Glass telah diterbitkan sebagai promosi buat filem ini. Video ini memberitahu penonton bagaimana Mr. Glass merancang rancangan jahat beliau dengan menghasut Patricia (salah satu identiti James McAvoy dalam filem ini). Mr. Glass menghasut beliau dengan menjelaskan apa itu perkara luar biasa. Jadi tidak dinafikan ini adalah saat Patricia menyeru The Beast iaitu identiti ganas beliau untuk membuat kecoh.

[info] Tonton Video Eksklusif Ini Di Comicbook.com [/info]

Bagaimana David Dunn yang kuat dan susah untuk mati hentikan Mr. Glass dan The Beast? Apakah rancangan beliau? Sama-sama kita nantikan Glass di pawagam di Malaysia pada 17 Januari 2019 ini.

Leave a Reply