Informasi Permainan Video Terkini
Metro Exodus Akan Menyertakan Mod Foto
PC

Metro Exodus Akan Menyertakan Mod Foto

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Metro Exodus sebelum ini diumumkan merupakan satu permainan yang agak berbeza jika ingin dibandingkan dengan permainan sebelum ini untuk siri Metro iaitu Metro 2033, Metro: Last Light. Antaranya adalah, 4A Games mengumumkan yang permainan tersebut akan menyertakan mod foto.

Walaupun ia bukanlah satu permainan dunia terbuka akan tetapi Metro Exodus akan menyertakan dunia yang lebih luas untuk pemain mengembara dan tidak sekadar berada di terowong bawah tanah yang terhad.

Berdasarkan beberapa trailer yang diperlihatkan, Metro Exodus walaupun masih nampak menyeramkan tetapi ia lebih cantik dan tidak terlalu gelap seperti permainan sebelum ini. Oleh disebabkan itu, kami sangat menyukai dengan tersedianya mod foto untuk permainan ini.

Metro Exodus akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN