Informasi Permainan Video Terkini
Supercell Menjana Pendapatan Sebanyak RM5.8 Bilion Untuk Tahun 2018 – Clash Royale Penyumbang Tertinggi

Supercell Menjana Pendapatan Sebanyak RM5.8 Bilion Untuk Tahun 2018 – Clash Royale Penyumbang Tertinggi

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Apabila bercakap mengenai permainan mudah alih, Supercell merupakan satu nama yang gah. Mereka mempunyai pelbagai permainan yang dipasang di berjuta telefon pintar serata dunia.

Melalui anggaran yang dikeluarkan oleh Sensor Tower, bagi tahun 2018, Supercell telah menjana pendapatan sebanyak $1.4 bilion (~RM5.8 bilion). Clash Royale merupakan penyumbang tertinggi dengan 42% ataupun $597 juta (~RM2.4 bilion).

Seterusnya adalah Clash of Clans yang merupakan antara permainan terawal untuk Supercell mengutip $567 juta (~RM2.3 bilion). Manakala permainan simulasi berkebun mereka Hay Day mengutip pendapatan sebanyak $154 juta(~RM632 juta) dan Boom Beach sebanyak $42 juta(~RM172 juta).

Permainan terbaru mereka iaitu pula Brawl Stars dikeluarkan secara global pada 12 Disember tahun lepas dan untuk bulan Disember telah mengutip sebanyak $46 juta (~RM189 juta). Supercell sudah semestinya mengharapkan Brawl Stars untuk menyertai Clash Royale dan Clash of Clans sebagai penyumbang pendapatan utama untuk mereka.


TIPS & ULASAN