Skip to main content

OlliOlli merupakan permainan side-scrolling skateboard yang dibangunkan oleh Roll7. Permainan pertama untuk siri ini iaitu OlliOlli dikeluarkan pada tahun 2014, manakala permainan seterusnya OlliOlli2 dikeluarkan setahun kemudian.

Roll7 hari ini mengumumkan yang kedua-dua permainan tersebut akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch melalui berkas OlliOlli: Switch Stance yang diterbitkan oleh Gambitious.

Berdasarkan penyenaraian di eShop, Switch Stance akan dikeluarkan pada 14 Februari 2019 dan dijual dengan harga $14.99(~RM61).

Leave a Reply