Sebelum ini, Capcom melancarkan satu demo khas Devil May Cry 5 eksklusif buat konsol Xbox One melalui Microsoft Store. Namun, demo tersebut telah pun dipadam oleh Capcom dan pemain tidak lagi berupaya untuk memuat-turunnya. Namun, bagi anda yang telah mempunyainya di Xbox One anda, ianya masih lagi boleh dimainkan.

Terkini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo baharu buat permainan tersebut di Playstation 4 dan Xbox One menjelang 7 Februari 2019 ini.

Tidak banyak yang dikongsikan oleh Capcom berkenaan Demo baharu tersebut, namun memandangkan ianya bakal tiba bersama di konsol Xbox One, kami percaya ianya mungkin adalah demo yang berbeza berbanding sebelum ini.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini. Kami juga sebelum ini memberi pandang pertama buat demo pertama eksklusif yang dilancarkan sebelum ini dan bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.

Sohor Kini