Skip to main content

Watchmen adalah siri komik yang diterbit oleh DC Comics pada tahun 1986 sehingga 1987. Populariti komik ini membuatkan ia diadaptasi kepada filem yang diarahkan oleh Zack Snyder. Zack Snyder kini adalah pengarah buat banyak filem DCEU seperti Batman vs Superman dan Justice League.

Filem Watchmen ditayangkan pada tahun 2009 dan kini selepas 10 tahun, siri televisyen Watchmen akan diterbitkan oleh HBO. Pada acara Golden Globes, video promo siri Watchmen telah diperlihatkan. Ia hanya video acah yang pendek yang memperlihatkan watak Rorschach.

Tiada butiran lanjut mengenai siri Watchmen ini, tetapi yang pasti ia akan hadir pada tahun ini. Di laman DC Universe, siri ini telah disenaraikan dan ada kemungkinan ia turut akan disiarkan di platform penstriman ini. Di profil Instagram rasmi Watchmen, banyak gambar dan video acah diterbitkan buat siri ini.

Leave a Reply