Skip to main content

Acara CES 2019 berlangsung secara rasmi minggu ini dimana terdapat pelbagai pengeluar perkakas komputer berkongsi pelbagai produk baharu.

Namun, bersempena dengan itu, EA juga tidak melepaskan peluang mereka untuk memperlihatkan bentuk trailer baharu bagi permainan Anthem ketika acara tersebut.

Video tersebut diperlihatkan khas sempena acara bersama Nvidia yang mana mereka mempamerkan permainan tersebut dimainkan di PC dengan resolusi 4k. Melalui video tersebut, EA memperlihatkan sebilangan bentuk permainan yang mempamerkan pelbagai musuh baharu dan juga kawasan-kawasan persekitaran yang bakal pemain terokai.

Sebelum ini, EA juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo buat permainan tersebut bermula 1 Februari 2019. Namun bagi mereka yang mempunyai langganan EA Access, mereka berpeluang untuk mendapatkan akses untuk demo Anthem seawal 25 Januari 2019 ini.

Anthem merupakan permainan aksi menembak atas talian yang dibangunkan oleh Bioware dan diterbitkan oleh EA. Permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Februari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang mempunyai EA Access, anda berpeluang untuk bermainnya bermula 15 Februari 2019.

Leave a Reply