Seperti yang dilaporkan oleh kami berkenaan hab e-sukan sebelum ini, tampaknya kita mungkin bakal melihat satu lagi hab e-sukan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) menjelang tahun ini.
Terkini menurut Datuk Dr. Aminuddin Hassim, iaitu presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) menyatakan bahawa mereka bakal membawa hab e-sukan tersebut di Putrajaya menjelang pertengahan tahun ini. Menurut beliau, mereka kini sudah pun berbincang dengan beberapa pihak yang terlibat di dalam industri buat hab tersebut.
Tambah beliau, hab tersebut juga bukan sahaja akan memfokuskan kepada e-sukan, malah mereka juga akan menyediakan satu pusat khas untuk para beliau mempelajari pelbagai informasi terkini seperti teknologi, pengaturcaraan yang mana pasti akan menarik minat lagi para belia di Malaysia.
Buat masa ini, tidak banyak lagi informasi yang dikongsikan, namun dengan berkembangnya industri e-sukan di Malaysia, tampaknya 2019 ini sememangnya akan menjadi tahun yang besar bagi industri tersebut. Malah dengan tibanya e-sukan di Sukan SEA dan Liga Nasional buat Malaysia, kami di Aksiz juga percaya E-Sukan akan meneraju industri permainan di Malaysia.