Sebelum ini, NIS America mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan RPG Maker MV di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada Februari 2019 ini. Terkini, NIS America mengumumkan bahawa mereka akan menundakan permainan tersebut atas sebab masalah pembangunan.
Menurut NIS America, mereka menundakan pemrainan tersebut atas sebab masalah dengan pembangun dan buat masa sekarang, ianya tidak bersedia untuk dilancarkan di dalam masa terdekat. Tambah mereka, bagi tarikh pelancarannya, mereka akan umumkan kemudian dalam tahun ini.
Sememangnya ini adalah satu perkara yang agak mengecewakan, akan tetapi ianya lebih baik dilancarkan sebagai permainan yang lengkap berbanding permainan yang mempunyai pelbagai masalah.
RPG Maker MV merupakan satu perisian bentuk permainan khas yang membolehkan pemain untuk menghasilkan permainan RPG (Role Playing Game) tersendiri. Melaluinya, pemain berupaya untuk menghasilkan permainan tersendiri seperti menetapkan penceritaan, bentuk permainan dan juga visual grafik termasuklah watak-watak permainan. RPG Maker MV telahpun dilancarkan di PC melalui Steam.