P.T. iaitu salah satu demo permainan acah oleh Konami dengan kerjasama Hideo Kojima dan Guillermo Del Toro yang dilancarkan di Playstation 4 pada tahun 2014 lepas kini diolah semula oleh peminat khas di PC.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan P.T., ianya asal adalah konsep permainan acah buat siri Silent Hill yang dibintangi oleh Norman Reedus. Namun pada 2015 lepas, permainan tersebut dibatalkan sekaligus Konami menarik balik demo permainan tersebut di PSN Store, sekaligus permainan tersebut tidak lagi boleh dimuat-turun.
Namun hari ini, seorang artis 3D, Radius Gordello telah mengumumkan bahawa beliau telahpun menghasilkan semula demo permainan tersebut dengan nama Unreal PT, secara percuma melalui laman Itch.io.
Menariknya, menurut Radius Gordello beliau menghasilkannya selama 9 bulan dimana aset dan model dihasilkan olehnya secara tersendiri. Berdasarkan kenyataan beliau di laman rasmi permainan tersebut, beliau menyatakan bahawa keseluruhan permainan tersebut adalah seakan permainan P.T. asal, namun ianya mempunyai pengakhiran yang berbeza atas sebab beliau ingin menghasilkan pengakhiran yang konsisten.
Menariknya juga, Unreal PT ini juga menyokong mod realiti-maya buat mereka yang ada set kepala realiti-maya dan ianya akan dimainkan secara terus jika mereka menyambungkan set kepala tersebut ketika bermula bermain permainan ini.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba Unreal PT, anda boleh memuat-turunnya secara percuma melalui laman rasmi Itch.io dibawah. Namun, anda mungkin perlu berbuat demikian dengan lebih pantas dimana sebelum ini terdapat juga peminat yang menghasilkan semula permainan P.T. tersebut, tetapi telah di arah untuk dihentikan oleh Konami.
[download] Muat-Turun : Unreal PT [/download]