Sebelum ini, Drinkbox Studio mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Guacamelee! 2 di Xbox One. Kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 18 Januari 2019 ini.
Guacamelee! 2 adalah permainan aksi platformer yang mana ia merupakan sekuel buat permainan Guacamelee! dan ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, PC dan juga Switch.
Menariknya juga, Guacamelee! 2 akan dilancarkan sebagai permainan ‘Xbox Play Anywhere’, seklaigus buat mereka yang membeli permainan ini di Xbox One, anda juga berupaya untuk bermainnya di PC melalui Windows 10 bersama-sama dengan sokongan rentas-penyimpanan.
Bagi anda yang berminat, ianya ditawarkan melalui harga promosi sebanyak 20% diskaun sempena pengumuman ini dengan harga $15.99(~RM66) melalui Microsoft Store.