Skip to main content

Tampaknya IO Interactive bakal membawa kembali Hitman: Blood Money dan Hitman: Absolution melalui koleksi Hitman HD Enhanced Collection. Menurut IO Interactive, mereka akan melancarkannya pada 11 Januari 2019 ini secara digital di Playstation 4 dan Xbox One.

Hitman: Blood Money asalnya dilancarkan di PC, Playstation 2, Xbox dan Xbox 360 pada 2006 lepas. Manakala Hitman: Absolution pula dilancarkan pada 2012 di PC, Playstation 3 dan Xbox 360.

Kini melalui Hitman HD Enhanced Collection, IO Interactive menyatakan bahawa ianya akan menyertakan sokongan resolusi 4k bersama dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS. Selain itu, IO Interactive juga menyertakan beberapa pernaik-tarafan visual seperti tekstur, pencahayaan bersama-sam dengan kawalan yang dinaik-taraf.

Sememangnya ini satu koleksi yang menarik terutamanya buat mereka yang meminati siri Hitman dan bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Hitman HD Enhanced Collection menjelang Januari ini.

Leave a Reply