Skip to main content

Tahun lepas, Gabe Newell menyatakan yang Valve akan kembali aktif membangunkan permainan selepas hanya memfokuskan kepada perniagaan Steam sahaja sebelum ini. Minggu ini dilaporkan yang penulis bersama untuk siri Half-Life 2 dan juga Portal Eric Wolpaw sudah kembali menyertai syarikat tersebut.

Beliau sebelum ini meninggalkan Valve pada tahun 2017 bersama dengan beberapa penulis lain seperti Marc Laidlaw yang sebelum ini berkongsi satu skrip yang dikatakan merupakan episod ke-3 untuk Half Life 2.

Permainan terbaru yang dikeluarkan oleh Valve adalah Artifact, yang juga menyertakan Eric Wolpaw sebagai sebahagian orang yang terlibat di dalam pembangunan permainan tersebut. Ini membuktikan beliau sudah kembali menyertai Valve tahun lepas lagi.

Adakah dengan kembalinya bekas penulis Half-Life 2, kita akan mendapat sambungan buat permainan tersebut tidak lama lagi?

Leave a Reply