Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Watak DLC Seterusnya Untuk Super Smash Bros Ultimate Adalah Erdrick Daripada Siri Dragon Quest

(Ura-ura) Watak DLC Seterusnya Untuk Super Smash Bros Ultimate Adalah Erdrick Daripada Siri Dragon Quest

Diterbitkan pada Jan 4, 2019 oleh .

Apabila Nintendo mengumumkan watak Joker sebagai watak DLC pertama untuk Super Smash Bros Ultimate ia mendapat reaksi yang sangat positif bukan sahaja daripada pengikut siri Super Smash Bros akan tetapi juga yang meminati permainan Persona 5.

Melalui perlombongan data yang dilakukan oleh satu akaun Twitter iaitu jam1garner, ada kemungkinan watak DLC seterusnya untuk permainan tersebut adalah Erdrick daripada siri Dragon Quest. Menurut jam1garner terdapat tiga label yang menyertakan kod nama untuk watak-watak yang bakal tiba.

Kod tersebut adalah fighter_kind_jack, figther_kind_brave dan fighter_kind_packun. Jack dikatakan adalah kod untuk Joker daripada Persona 5, Packun pula adalah watak tambahan iaitu Piranha Plant kerana nama di dalam bahasa Jepun adalah Packun Flower. Manakala Brave adalah kod untuk satu watak yang tidak diumumkan lagi.

Menurut pengguna resetera MondoMega, ada kemungkinan kod Brave adalah merujuk kepada watak di dalam siri Dragon Quest. Ia adalah kerana di dalam siri Dragon Quest, kelas ‘hero’ dirujuk sebagai Yusha yang membawa maksud ‘brave’.

Walaupun buat masa ini tiada pengesahan oleh Nintendo, namun kami merasakan ada kemungkinan yang besar ia adalah tepat. Jika ia benar, kami sedikit kecewa kerana watak Erdrick menggunakan pedang dan shield seperti beberapa watak yang sudah disertakan di dalam permainan tersebut.


TIPS & ULASAN