Permainan Pertama Second Dinner Adalah Berdasarkan Dunia Marvel

Tahun lepas, Ben Brode iaitu bekas pengarah permainan kad Blizzard iaitu Hearthstone mengumumkan beliau meninggalkan Blizzard dan membuka syarikat pembangunan sendiri iaitu Second Dinner.

Hari ini, melalui satu video ringkas, Ben Brode berkongsi pejabat untuk studio beliau. Selain itu, beliau bersama dengan Hamilton Chu iaitu bekas penerbit eksekutif untuk Hearthstone juga mengumumkan yang mereka telah mendapat pelaburan sebanyak $30 juta(~RM124 juta) daripada NetEase.

Menariknya, mereka juga mengumumkan kerjasama bersama Marvel dan permainan pertama mereka adalah berdasarkan dunia Marvel. Namun, tiada maklumat lanjut mengenai jenis permainan yang dibangunkan.

Berdasarkan Ben Brode dan Hamilton Chu sebelum ini berpengalaman membangun permainan kad, kami menjangkakan mereka sedang membangun permainan kad yang akan menggunakan watak-watak daripada siri komik Marvel.

Sohor Kini