Tahun lepas kami melaporkan yang Bethesda menyaman Warner Bros dan Behaviour Interactive kerana melanggar hak intelek melalui permainan mudah alih Westworld yang dikatakan menyerupai Fallout Shelter.
Hari ini melalui kenyataan media bersama, Bethesda dan Behaviour Interactive mengatakan kes tersebut kini sudah diselesaikan. Namun, tiada maklumat lanjut mengenai sebarang persetujuan di antara kedua-dua pihak. Kemungkinan besar, Bethesda telah menerima pampasan.
Bethesda ataupun Warner Bros buat masa ini tidak memberi sebarang kenyataan lanjut, jika ada, kami akan kemaskini artikel ini.