Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Berkas PS4 Pro God of War dan PS4 Pro Dengan Storan 2TB – Mula Dijual 11 Januari 2019

Sony Mengumumkan Berkas PS4 Pro God of War dan PS4 Pro Dengan Storan 2TB – Mula Dijual 11 Januari 2019

Diterbitkan pada Jan 4, 2019 oleh .

Sony sebelum ini mengumumkan 2 berkas untuk Playstation 4 yang menyertakan pelbagai permainan bersama dengan konsol tersebut iaitu berkas PS4 Party Bundle dan PS4 Hits Bundle.

Hari ini, Sony mengumumkan dua tawaran berbeza pula untuk PS4 Pro. Ia adalah berkas God of War untuk PS4 Pro dan PS4 Pro dengan kapasiti storan sebanyak 2 TB.

Bagi berkas God of War, ia akan menyertakan konsol itu sendiri (dengan storan 1TB) bersama dengan permainan God of War versi fizikal. Ia dijual dengan harga RM1,799 iaitu harga asal untuk PS4 Pro sahaja.

Manakala untuk PS4 Pro dengan kapasiti storan sebanyak 2 TB pula akan dijual dengan harga RM1,949. PS4 Pro yang ditawarkan sekarang hanya menyertakan storan sebesar 1TB , ini sudah semestinya memudahkan anda terutama pemain yang membeli permainan secara digital.

Kedua-dua tawaran tersebut akan mula dijual di pengedar rasmi Sony dan Playstation pada 11 Januari 2019.


TIPS & ULASAN