Niantic Labs boleh dikatakan mempunyai satu tahun yang baik melalui Pokemon GO. Permainan mudah alih realiti terimbuh (AR) tersebut mencatat pendapatan sebanyak $795 juta (~RM3.2 bilion) juta bagi tahun 2018 menurut anggaran oleh Sensor Tower. Ia merupakan peningkatan sebanyak 32% berbanding tahun 2017.
Seperti kami laporkan pada bukan September lepas, secara purata Pokemon GO mencatat pendapatan sebanyak $2.2 juta(~RM9.1 juta) sehari sepanjang tahun 2018 berbanding $1.6 juta(~RM6.7 juta) bagi tahun 2017. Peningkatan ini dikatakan adalah kerana pembangun menyediakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah mod pertempuran PvP.
Jika mengikut negara, Amerika Syarikat menyumbangkan pendapatan tertinggi dengan 33% diikuti Jepun dengan 30% daripada jumlah keseluruhan pendapatan tahun lepas. Dengan jumlah ini, sejak dikeluarkan pada Julai tahun 2016 permainan ini telah mencatat pendapatan keseluruhan sebanyak $2.2 bilion (~RM9.1 bilion).