Skip to main content

Neopets merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia permainan, ia merupakan permainan yang memberi pemain haiwan maya untuk dijaga serta pelbagai permainan kecil untuk mendapatkan barangan di dalam permainan tersebut. Ia merupakan permainan yang dimainkan melalui pelayan web.

Diumumkan pada tahun lepas, Neopets Legend and Letters iaitu permainan mudah alih berdasarkan siri tersebut akhirnya mendapat tarikh pengeluaran. Pembangun iaitu Jumpstart mengumumkan permainan tersebut akan dikeluarkan pada 17 Januari 2019.

https://www.youtube.com/watch?v=ozKhEOEew3E

Walaupun berdasarkan Neopets, akan tetapi permainan mudah alih ini mempunyai bentuk permainan yang berbeza berbanding permainan asal. Berdasarkan perkongsian tangkapan skrin, ia seperti permainan “Words with Friends” oleh Zynga.

Bagi yang ingin bermain permainan asal Neopets, mereka juga mengumumkan aplikasi mudah alih untuk permainan tersebut, akan tetapi tiada tarikh pengumuman yang dinyatakan.

Leave a Reply