Skip to main content

Seperti tahun lepas, Steam mengeluarkan senarai permainan yang menerima pendapatan kasar tertinggi untuk tahun 2018.  Pendapatan kasar adalah termasuklah jualan permainan, jualan kandungan di dalam permainan dan juga penambahan DLC.

Walaupun senarai tidak mengikut apa-apa susunan, Steam membahagikan senarai kepada 4 kategori iaitu Platinum, Gold, Silver dan Bronze.  Tersenarai adalah 98 permainan iaitu 12 permainan di dalam kategori Platinum, 11 permainan kategori Gold, 16 permainan kategori Silver dan 59 permainan kategori Bronze.

Senarai penuh boleh didapati di pautan ini manakala 12 permainan di dalam kategori Platinum adalah seperti dibawah:

  • Rocket League
  • Warframe
  • Monster Hunter World
  • Far Cry 5
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • CS:GO Danger Zone
  • DOTA 2
  • Civilization VI
  • Playerunknown’s Battleground
  • Assassin’s Creed Odyssey
  • Grand Theft Auto V
  • The Elder Scrolls Online

Kebanyakan permainan yang tersenarai adalah permainan yang sudah dikeluarkan pada tahun-tahun lepas, ini adalah kerana permainan-permainan tersebut masih mempunyai pemain yang terus membeli pelbagai barangan di dalam permainan terutama permainan seperti DOTA 2, Grand Theft Auto V dan PUBG.

Permainan yang bagi saya lebih mengharapkan kepada penjualan permainan itu sendiri adalah Monster Hunter World dan Civilization VI yang sekadar mempunyai barangan tambahan dan DLC.

Seperti tahun lepas, senarai ini dikongsi semasa jualan musim sejuk masih lagi berlangsung di Steam, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan permainan dengan lebih murah.

Leave a Reply