Skip to main content

Bagi anda yang pernah bermain Detroit: Become Human iaitu permainan interaktif oleh Quantic Dream, di skrin pembukaan anda akan pertamanya menerima sapaan daripada Chloe iaitu salah satu watak sampingan untuk permainan ini. Mereka sebelum ini mengeluarkan satu video sebagai pengenalan untuk beliau.

Menariknya, Chloe sering mengatakan sesuatu berkait dengan tindakan yang anda lakukan semasa bermain. Apabila anda menghabiskan permainan tersebut, anda juga mempunyai pilihan untuk ‘membebaskan’ beliau atas sebab tertentu.

https://www.youtube.com/watch?v=cpUT6yXRxU4

Namun, jika anda tidak melakukannya, jika anda membuka permainan tersebut pada awal tahun ini, Chloe mempunyai ucapan khas bersempena tahun baharu. Anda boleh menonton ucapan tersebut sendiri ataupun boleh tengoknya melalui video (terima kasih CopilotPikachu 28) yang kami sertakan di atas. Ini merupakan sesuatu yang menarik, walaupun agak creepy.

[info]Bacaan lanjut: Ulasan Detroit: Become Human – Permainan Berjiwa Yang Ringkas[/info]

Leave a Reply