Skip to main content

Super Lucky’s Tale iaitu permainan platformer 3 dimensi oleh Playful Corp sebelum ini dilancarkan di Xbox One dan juga PC. Ianya merupakan salah satu permainan yang dilancarkan secara bersama dengan konsol Xbox One X pada 2017 lepas.

Terkini, melalui laporan Nintendo Everything, artis konsep daripada studio tersebut secara tidak sengaja berkongsi sebilangan informasi berkenaan pembangunan permainan ke konsol Switch. Menariknya juga, salah seorang bekas pembangun dari studio tersebut, Jesse Sosa juga menyatakan di profil LinkedIn beliau bahawa permainan tersebut dilancarkan di Switch. Namun, senarai tersebut telahpun dipadam oleh beliau.

Menariknya, apabila seorang pengguna Twitter, Tanner Shelton menanya berkenaan permainan Super Lucky’s Tale di Switch, Playful Corp juga membalas dengan mereka juga berminat untuk melihat permainan tersebut berada di Switch.

Walaupun begitu, buat masa ini ianya bukanlah satu penguman rasmi dan ianya mungkin adalah satu kesilapan bagi pihak pembangun tersebut. Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaan jika terdapat sebarang informasi tambahan.

Leave a Reply