Presiden dan CEO Natsume, iaitu Hiro Maekawa hari ini berkongsi satu mesej di laman rasmi Natsume khas sempana tahun baru. Menurut beliau, beliau menyatakan bahawa jualan Harvest Moon: Light Of Hope adalah memberangsangkan dan ianya adalah rekod jualan mereka secara fizikal dan juga digital.
Walaupun begitu, Natsume tidak berkongsi sebarang nilai jualan mahupun sebarang informasi lanjut berkenaannya. Akan tetapi, dengan kenyataan tersebut, kami dari Aksiz ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka dan pasti ramai peminat siri Harvest Moon diluar sana menyukai permainan tersebut.
Bersempena dengan itu, Natsume juga menyatakan bahawa mereka kini sedang membangunkan sebilangan permainan baharu dan mereka akan umumkan menjelang tahun ini.
Harvest Moon: Light Of Hope merupakan permainan simulasi berkebun dimana anda akan diletakkan di dalam satu perkampungan. Melalui, pemain berupaya untuk membela binatang, menanam pokok dan juga berkenalan dengan penduduk kampung. Selain itu, pemain juga berupaya untuk mengahwini salah satu penduduk tersebut dan membina keluarga bersama. Ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4, Switch dan PC sebelum ini. Malah versi permua juga dilancarkan tahun lepas.