Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Umum Senarai Permainan Buat Xbox Game Pass Bagi Bulan Januari – Menyertakan Life Is Strange 2

Microsoft Umum Senarai Permainan Buat Xbox Game Pass Bagi Bulan Januari – Menyertakan Life Is Strange 2

Diterbitkan pada Jan 3, 2019 oleh .

Xbox Game Pass merupakan servis langganan khas oleh Microsoft yang mana ianya membenarkan pemain untuk melanggan seakan Netflix dan bermain sebilangan permainan-permainan yang tersenarai di Xbox One.

Terkini, Microsoft mengumumkan 8 permainan baharu untuk senarai permainan bagi servis langgan Xbox Game Pass iaitu:

  • Life Is Strange Complete Season
  • Life Is Strange: Before The Storm
  • Life Is Strange 2: Part 1
  • Ark: Survival Evolved
  • Farming Simulator 17
  • Absolver
  • Just Cause 3
  • Aftercharge

8 permainan tersebut akan tiba secara berperingkat dimana Life Is Strange dilancarkan bermula hari ini diikuti dengan permainan-permainan lain menjelang 10 Januari ini. Sememangnya ini satu senarai yang sangat menarik terutamanya buat mereka yang ingin bermula bermain siri Life Is Strange.

Xbox Game Pass buat masa ini adalah servis esklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.


TIPS & ULASAN