Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Dan Poster Stranger Things Musim Ketiga Diperlihatkan – Akan Hadir Netflix Pada 4 Julai 2019

Video Acah Dan Poster Stranger Things Musim Ketiga Diperlihatkan – Akan Hadir Netflix Pada 4 Julai 2019

Diterbitkan pada Jan 2, 2019 oleh .

Stranger Things adalah siri Netflix Originals bergenre ngeri. Ia mengisahkan sekumpulan kanak-kanak dengan makhluk dari dimensi lain. Watak utama, Eleven adalah salah satu daripada ahli untuk kumpulan ini dan beliau mempunyai kuasa psikik yang hebat.

Bulan lepas, Netflix telah hadir dengan video acah yang memperlihatkan judul-judul setiap episod buat Stranger Things musim ketiga. Kini, bersempena tahun baru Netflix hadir dengan video acah baru dan poster. Stranger Things musim ketiga akan ditayangkan di Netflix bermula 4 Julai 2019 tahun ini.

Melalui video acah ini, ia penuh dengan misteri kerana video acahnya seolah memberi kod kepada peminat. Peminat-peminat Stranger Things di Reddit sudah mula cuba menyahkod video acah ini untuk mencari petunjuk bagaimana jalan cerita buat siri Nteflix yang ngeri ini.

Bagi yang tidak hiraukan ‘kod’ yang ada dalam video acah ini, kita boleh sama-sama nantikanm sahaja tayangannya enam bulan lagi.


TIPS & ULASAN