Windows XP merupakan sistem operasi oleh Microsoft yang dikeluarkan pada tahun 2001, ia merupakan sistem operasi utama sehingga Windows Vista dikeluarkan 5 tahun kemudian yang kemudiannya digantikan oleh Windows 7 selepas 3 tahun. Bagi anda yang masih menggunakan Windows XP dan Windows Vista, bermula 1 Januari 2019, Steam tidak lagi boleh digunakan.
Valve menyatakan keputusan tersebut di buat adalah kerana kurang 1% pengguna menggunakan kedua-dua sistem operasi tersebut. Tambahan pelbagai fungsi tidak boleh digunakan kerana sistem operasi tidak menyokong Google Chrome yang digunakan oleh Steam. Blizzard pada tahun 2017 juga menamatkan sokongan untuk kedua-dua sistem operasi tersebut.
Jadi walau apapun sebab anda masih menggunakan sistem operasi tersebut, anda perlu mengemaskini ke sekurang-kurangnya Windows 7 bukan sahaja untuk menggunakan Steam tetapi juga untuk keselamatan komputer anda.