(Ura-ura) EA Sedang Membangun Enjin Frostbite Untuk Switch

Antara kritikan utama yang menjadi rungutan oleh pemain untuk permainan FIFA di Switch adalah ia menggunakan enjin permainan berbeza dengan permainan tersebut di konsol lain. Ini adalah kerana FIFA 18 dan juga FIFA 19 untuk Switch tidak menggunakan enjin Frostbite.

Perkara tersebut mungkin tidak akan menjadi masalah lagi di masa hadapan. Seorang pemain dengan nama Doctre81 melalui perkongsian di channel Youtube beliau berkongsi satu tangkapan skrin yang memperlihatkan akaun LinkedIn untuk seorang jurutera di EA.

Menurut tangkapan skrin tersebut, tersenarai tanggungjawab jurutera tersebut adalah membangunkan Software Development Kit(SDK) yang sedia ada untuk Switch.

Walaupun tidak dinyatakan SDK tersebut adalah berdasarkan Frotstbite, tambahan SDK juga tidak semestinya berkait dengan sebarang enjin permainan, namun SDK tersebut dikatakan digunakan untuk permainan seperti Battlefield V dan Anthem yang ramai menganggap ia adalah enjin Frostbite.

Jika senarai itu adalah tepat dan memperkatakan mengenai Frostbite, di masa hadapan mungkin lebih banyak permainan yang menggunakan enjin Frostbite akan dikeluarkan untuk Switch. Hampir semua permainan yang dikeluarkan oleh EA menggunakan enjin tersebut.

Sohor Kini