Bagi anda yang pernah bermain siri permainan Tom Clancy, anda pasti mengetahui berkenaan Skell Technology, yang mana ianya adalah satu syarikat di dalam siri tersebut yang terkenal dengan penghasilan senjata dan teknologi askar buat siri Ghost Recon, Splinter Cell dan juga Rainbow Six.
Terkini, peminat siri tersebut melaporkan mereka temui satu rujukan berdasarkan Skell Technology tersebut, dimana Ubisoft tampaknya membina satu laman khas. Menariknya, berdasarkan laporan Gearnuke, untuk mengakses laman tersebut, pelawat perlu memasuki kata nama dan kata laluan iaitu asantos dan 10068.
Setelah memasuki laman tersebut, ianya akan memaparkan satu video acah khas iaitu video khas daripada syarikat Skell Technology yang memperlihatkan katalog dron keluaran mereka dimana anda boleh menontonnya dibawah.
Sememangnya ianya hanyalah satu video katalog biasa sahaja dan tidak langsung menyertakan sebarang rujukan buat permainan-permainan oleh Ubisoft yang lain. Namun, penemuan ini agak menarik memandangkan Skell Technology sememangnya berkait rapat dengan permainan Tom Clancy, dan mungkin juga Ubisoft akan mengumumkan sesuatu baharu bagi siri tersebut?
Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, permainan Splinter Cell sebelum ini tertiris di senarai jualan permainan. Walaupun begitu, ini juga hanyalah satu ura-ura dan mungkin juga video acah tersebut adalah berkaitan dengan permainan-permainan Ubisoft yang lain seperti Ghost Recon Wildlands ataupun Rainbow Six Siege.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi berkenaannya setelah Ubisoft mengumumkannya kelak.