Minggu lepas, pihak polis bahagian Jurong dari Singapura mengadakan kempen pencegahan jenayah yang mana mereka berkolaborasi bersama The Pokemon Company untuk menyebarkan kesedaran berkenaan jenayah-jenayah seperti cetak rompak, memandu sambil menggunakan telefon pintar dan tidak berjalan di kawasan gelap.

Sememangnya kolaborasi ini bukanlah kolaborasi yang pertama dilakukan oleh pihak berkuasa untuk sebarang kempen kesedaran, namun kempen ini juga merupakan satu tindakan yang menarik dimana Pokemon merupa satu ikon di seluruh dunia sekaligus ia memberi pendekatan yang lebih mesra.

Menurut komander polis bahagian Jurong, AC Koh Wei Keong, beliau menyatakan ini merupakan kolaborasi pertama pihak Polis Singapura bekerjasama dengan The Pokemon Company. Dengan harapan pendekatan ini, beliau juga berharap dapat menyebar kesedaran berkenaan pencegahan jenayah dengan lebih meluas.

Mungkin juga pada masa akan datang, kita bakal melihat Polis Diraja Malaysia juga akan melakukan kolaborasi seperti ini dengan pelbagai watak-watak kartun terkenal di Malaysia seperti Ejen Ali, Boboiboy?

Sohor Kini