Informasi Permainan Video Terkini
Penerbit Filem Duke Nukem Mengesahkan Penglibatan John Cena – Mengambil Inspirasi Dari Filem Deadpool

Penerbit Filem Duke Nukem Mengesahkan Penglibatan John Cena – Mengambil Inspirasi Dari Filem Deadpool

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Pada awal tahun ini kami ada melaporkan ura-ura yang John Cena akan memegang watak Duke Nukem untuk filem berdasarkan siri permainan ini. Hari ini melalui temubual bersama CinemaBlend penerbit filem ini Andrew Form mengatakan buat masa ini John Cena adalah pelakon pilihan mereka akan tetapi oleh kerana skrip belum disiapkan ada kemungkinan John Cena akan menarik diri.

Tambahan beliau juga tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai adakah filem ini sudah mendapat penerbit dan juga penulis tetapi beliau mengatakan Deadpool akan menjadi sumber inspirasi utama untuk filem Duke Nukem ini.

Jika mereka mampu untuk membuat filem Duke Nukem yang dapat menandingi Deadpool kami semestinya sangat berminat untuk menontonnya.