Pengarah Nier: Automata Yoko Taro berkongsi pendapat beliau mengenai permainan dunia terbuka di Games Developer Conference (GDC). Menurut beliau konsep dunia terbuka untuk siri permainan Nier adalah berdasarkan The Legend of Zelda: Ocarina of Time dan berbeza dengan permainan dunia terbuka seperti Grand Theft Auto dan Skyrim.

Permainan dunia terbuka sentiasa mengenai kebebasan pemain akan tetapi Yoko mengatakan pembangun seharusnya melihat kebebasan ini dari sudut yang lain. Permainan dunia terbuka sekarang berkongsi beberapa aspek yang sama iaitu peta yang besar, pelbagai barangan, misi yang banyak, dan dicampur dengan sistem perkembangan.

Campuran aspek ini menjadikan permainan ini mengambil masa ratus jam untuk dihabiskan oleh kerana terlalu banyak permainan yang dikeluarkan mempunyai aspek yang sama, pemain mula merasakan aspek-aspek tersebut adalah biasa dan tidak membawa sebarang pembaharuan.

Untuk menyelesaikan masalah ini beliau mengambil contoh dari permainan Super Mario Bros. Pemain boleh mengakses peringkat yang lain dengan menggunakan laluan yang sepatutnya nampak seperti bukan tempat yang boleh dilalui. Bagi Yoko perkara sebegini yang menjadikan dunia terbuka lebih menarik dan merasakan ada dunia yang tersorok di dalam satu permainan.

Contoh lain yang digunakan oleh Yoko adalah Grand Theft Auto IV, pemain tidak boleh berinteraksi dengan watak sampingan, bagi beliau ini adalah lebih bersesuaian berbeza dengan permainan JRPG kerana di dunia yang sebenar kita tidak akan bercakap dengan semua orang yang berada di persekitaran.

Berdasarkan dua contoh tersebut Yoko mengatakan untuk mencipta dunia terbuka yang baik pemain mesti mempunyai rujukan. Jika satu dunia permainan itu berada dalam satu bulatan, sesuatu yang menjadikan bulatan meluas yang akan menjadikan dunia tersebut akan rasa bebas.

Dengan kata lain, pemain perlu merasakan mereka tidak boleh melakukan sesuatu tetapi sebenarnya dapat, perasaan pemain yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu amat penting untuk mereka perasaan bebas.

Ini merupakan perkongsian yang menarik dari Yoko Taro, Nier walaupun dikatakan agak mendatar tetapi pelbagai pengakhiran dan cara untuk menyelesaikan permainan menjadikan Nier turut memberikan perasaan bebas seperti mana permainan dunia terbuka. Apakah permainan dunia terbuka kegemaran anda?

Sohor Kini