Pegawai eksekutif kewangan CD Projekt Red (CDPR) Piotr Nielubowicz minggu ini mengumumkan laporan kewangan untuk CDPR. Menutur beliau untuk tahun 2017, CDPR mencatatkan pendapatan hasil jualan permainan sebanyak PLN460 juta dan keuntungan sebanyak PLN200 juta.

Penyumbang utama hasil jualan ini adalah The Witcher 3 di mana permainan ini menyumbangkan 10 kali lebih banyak berbanding permainan lain. Tambah beliau mengikut unit terjual, 2017 lebih tinggi berbanding tahun 2016 dengan jumlah jualan untuk siri permainan The Witcher adalah 33 juta unit.

GOG iaitu kedai di atas talian milik CDPR pada 2017 mencatat pendapat dari jualan sebanyak PLN170 juta yang membawa keuntungan sebanyak PLN16 juta. Jumlah ini banyak dibantu oleh permainan kad mereka iaitu Gwent.

Ini merupakan sesuatu yang harus dipuji kerana selain daripada Gwent CDPR tidak menggunakan cara membuat duit yang menyusahkan kepada pemain seperti syarikat-syarikat lain. Dengan CDPR sekarang memfokuskan pembangunan untuk Cyberpunk 2077 sudah semestinya mereka mengharapkan permainan tersebut dapat mengulangi kejayaan The Witcher 3.

Jika anda ingin menonton secara penuh pengumuman laporan kewangan CPDR kami sediakan video tersebut di bawah.

Sohor Kini