Informasi Permainan Video Terkini
Hori Bakal Melancarkan JoyCon Switch Yang Mempunyai D-pad Klasik

Hori Bakal Melancarkan JoyCon Switch Yang Mempunyai D-pad Klasik

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Antara rungutan pemain konsol Switch adalah D0pad yang terdapat di JoyCon kiri yang tidak mempunyai bentuk butang kawalan D-pad klasik. Namun, bagi pemain Switch anda kini tidak lagi perlu khuatir kerana Hori akan melancarkan JoyCon khas yang akan menyertakan rekaan D-pad klasik.

Menurut laporan Famitsu, JoyCon tersebut akan berharga ¥2,678 (~RM100) dan ia akan dilancarkan pada Julai ini.

Namun begitu, JoyCon ini tidak akan mempunyai fungsi-fungsi tambahan JoyCon seperti HD Rumble, sensor giro dan ianya hanya boleh digunakan apabila disambung melalui Switch sahaja. Ini disebabkan JoyCon tersebut tidak mempunyai sebarang fungsi untuk dimain tanpa wayar. Walaupun begitu, ianya sememangnya direka untuk mereka yang ingin bermain permainan perlawanan seperti Street Fighter di konsol Switch dengan menggunakan D-pad tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan JoyCon ini, anda boleh mendapatkannya dimana-mana pengedar rasmi Hori bermula Julai ini.