Informasi Permainan Video Terkini
Pemenang Anugerah Game Developer Choice Diumumkan – Breath Of The Wild Memenangi Permainan Terbaik

Pemenang Anugerah Game Developer Choice Diumumkan – Breath Of The Wild Memenangi Permainan Terbaik

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Anugerah Game Developers Choice merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan bersempena Game Developer Conference yang sedang berlangsung di California, US.

Secara keseluruhan ada 13 anugerah untuk dimenangi dan berikut adalah senarai penuh pemenang.

  • Audio Terbaik: The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo)
  • Studio Baru Terbaik: Studio MDHR (Cuphead)
  • Rekaan Terbaik: The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo)
  • Permua Terbaik: Gorogoa (Jason Roberts/Buried Signal)
  • Anugerah Inovasi: Gorogoa (Jason Roberts/Buried Signal)
  • Penceritaan Terbaik: What Remains of Edith Finch(Giant Sparrow)
  • Teknologi Terbaik: Horizon Zero Dawn (Guerrilla Games)
  • Seni Visual Terbaik: Cuphead (Studio MDHR)
  • Permainan VR/AR Terbaik: SUPERHOT VR (The SUPERHOT Team)
  • Anugerah Pilihan Ramai: Nier: Automata (PlatinumGames)
  • Permainan Terbaik: The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo)
  • Ambassador Award: Rami Ismail
  • Lifetime Achievement Award: Tim Schafer

Boleh dikatakan anugerah ini The Legend of Zelda: Breath of the Wild mendominasi senarai pemenang dengan mendapat 3 anugerah. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.


TIPS & ULASAN