Adakah anda peminat permainan Pokemon? Sekiranya ya anda pasti teruja dengan koleksi kasut FILA X Pokemon yang telah dilancarkan di Korea Selatan. Sebanyak lima kasut Court Deluxe dihasilkan dengan rekaan berasaskan Pikachu, Charmander, Squirtle, Bulbasaur dan Jigglypuff untuk koleksi ini.
Setiap kasut dijual dengan rekaan unik serta kotak yang mempunyai corak seakan Pokeball. Setiap pasang kasut dijual pada harga KRW 69,00 (~RM 252). Berita buruk di sini ialah kesemua kasut yang dihasilkan adalah edisi terhad dan hanya dijual di Korea Selatan sahaja buat masa ini.