Minggu ini, Koei Tecmo mengumumkan bahawa permainan seterusnya buat siri Warriors Orochi bakal tiba pada tahun ini. Melalui saluran rasmi Youtube Koei Tecmo, mereka memperacahkan video pertama bagi permainan Warriors Orochi 4 yang mana ia dirancang untuk dilancarkan tahun ini. Namun buat masa ini, Koei Tecmo masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Siri permainan Warriors Orochi merupakan permainan aksi pertempuran pedang yang terkenal oleh Omega Force. Sebelum ini, Warriors Orochi dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2012 lepas dan Koei Tecmo melancarkan versi pernambah-baikkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 2014 lepas. Kini tampaknya, siri permainan tersebut akan diteruskan dengan permainan seterusnya iaitu Warriors Orochi 4.

Walaubagaimana pun, Koei Tecmo masih belum berkongsi informasi lanjut dan seperti biasa kami akan berkongsi sebarang pengumuman baru oleh mereka apabila mereka mengumumkannya.

Sohor Kini