Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mengumumkan Dragon Ball Legends – Permua Dragon Ball Pertempuran Berasaskan Kad

Bandai Namco Mengumumkan Dragon Ball Legends – Permua Dragon Ball Pertempuran Berasaskan Kad

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

Kami melaporkan permua terbaru Dragon Ball akan diumumkan pada 21 Mac, walaupun pengumuman penuh masih tidak dikeluarkan tetapi laman yang sebelum ini hanya tertulis “Dragon Ball New Smartphone App” kini ditukar kepada logo permua Dragon Ball Legends.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh Rhymestyle, Bandai Namco berkongsi serba sedikit mengenai Dragon Ball Legends sebelum pengumuman penuh pada awal pagi nanti. Melalui perkongsian ini boleh dilihat Dragon Ball Legends merupakan permua pertempuran pemain lawan pemain (PvP) yang berasaskan kad.

Pemain harus memilih kad yang ingin digunakan untuk membuat serangan, menekan beberapa kad serentak juga akan membuatkan pemain melakukan combo. Kami sangat tertarik dengan permua ini terutama kualiti grafik yang baik.

Bandai Namco hari ini mengeluarkan trailer untuk permua ini yang juga memperlihatkan watak baru rekaan Akira Toriyama. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.