Informasi Permainan Video Terkini
Warner Bros Mengeluarkan Trailer Acah Untuk Fantastic Beasts: The Crimes of Grindewald

Warner Bros Mengeluarkan Trailer Acah Untuk Fantastic Beasts: The Crimes of Grindewald

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindewald merupakan sambungan kepada filem Fantastic Beasts and Where to Find Them yang dikeluarkan pada tahun 2016 yang merupakan siri filem yang ditulis oleh J.K Rowling dan berlaku di dalam dunia Harry Potter.

Hari ini, Warner Bros mengeluarkan trailer acah untuk filem ini yang menunjukkan beberapa watak baru seperti Albus Dumbledore ketika beliau masih muda yang dilakonkan oleh Jude Law. Selain itu trailer ini juga membawa kembali penonton ke Hogwart.

Oleh kerana ini sekadar trailer acah boleh dijangkakan yang trailer penuh akan dikeluarkan tidak lama lagi. Fantastic Beasts: The Crimes of Gridewald akan dikeluarkan pada 16 November 2018 dan diarah oleh David Yates.


TIPS & ULASAN