Skip to main content

Pada November lepas, Sony Interactive Entertainment melancarkan permainan Playlink yang pertama buat pasaran Malaysia iaitu Hidden Agenda, yang mana kini, permainan Playlink yang seterusnya akhirnya tiba di pasaran Malaysia iaitu Franctics.

Frantics merupakan permainan berbentuk arked dan mempunyai pelbagai mini-permainan yang anda boleh bermain bersama-sama rakan anda.

Ia juga merupakan permainan Playlink yang mana ia merupakan permainan yang dibangunkan khas dengan sokongan antara Playstation 4 dan telefon pintar, dimana permainan tersebut dimain khas melalui telefon pintar sekaligus pemain juga perlu memuat-turun aplikasi khas di telefon pintar untuk bermain permainan ini melalui iOS dan juga Google Play Store.

Frantics kini dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 dan anda boleh dapatkannya secara digital melalui PSN Store dengan harga RM79.

[info] Beli : Frantics [/info]

Leave a Reply