Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengesahkan Days Gone Tertunda Dan Akan Dikeluarkan Pada 2019

Sony Mengesahkan Days Gone Tertunda Dan Akan Dikeluarkan Pada 2019

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Days Gone merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun ini. Kami sebelum ini menyenaraikan permainan ini sebagai salah satu permainan Playstation 4 yang mana kami tidak sabar untuk mainkan.

Pada awalnya ada ura-ura mengatakan permainan ini tertunda dan akan dikeluarkan pada 2019 berdasarkan penyenaraian di laman rasmi Playstation. Menurut laporan US Gamer, Sony telah mengesahkan yang Days Gone tertunda dan tarikh jangkaan baru adalah tahun 2019 dan mereka akan berkongsi tarikh baru tidak lama lagi.

Ini adalah suatu perkembangan yang agak mengecewakan akan tetapi sekurang-kurangnya permainan eksklusif lain seperti Detroit: Become Human dan God of War yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Adakah anda kecewa dengan perkembangan terbaru ini? Ataupun permainan berasaskan zombie sudah tidak menarik minat anda?


TIPS & ULASAN