Pada bulan lepas kami ada menulis mengenai ura-ura Crash Bandicoot N.Sane Trilogy (Crash) akan dikeluarkan untuk Switch dan PC. Crash buat masa ini hanya dikeluarkan untuk Playstation 4.
Melalui pengumuman di Nintendo Direct dah juga pengumuman tambahan oleh Activision, akhirnya ura-ura ini disahkan. Crash akan dikeluarkan bukan sahaja untuk Switch dan PC tetapi juga untuk Xbox One pada 10 Julai nanti.
Apa yang menarik bagi kami, ura-ura sebelum ini juga mengatakan yang permainan terbaru siri Crash akan dikeluarkan pada tahun hadapan sebagai sebahagian daripada perancangan 5 tahun Activision untuk Crash Bandicoot.
Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini terutama di Switch dan makin memasang harapan yang tinggi untuk permainan terbaru Crash Bandicoot pada tahun hadapan.