KITAMEN Menterai Kerjasama Bagi Memperkukuhkan Industri E-Sukan Malaysia

Pada hari ini KITAMEN telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFW), Persatuan eSports Kuala Lumpur (ESKL) dan Persatuan eSports Selangor (ESS) untuk memperkukuhkan peranannya dalam industri e-sukan. Turut hadir bagi merasmikan majlis adalah YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menurut beliau, melalui kerjasama tersebut beliau percaya ini dapat menarik minat peminat luar negara untuk menyaksikan pertandingan e-sukan tempatan. Secara tidak langsung ia akan mempromosikan Malaysia dalam industri perlancongan menerusi eSports Tourism pada masa hadapan.

Seterusnya, beliau turut menyatakan bahawa segala usaha keras pada hari ini akan menjadi elemen asas kepada pemacu industri e-sukan pada peringkat antarabangsa di masa hadapan kelak.

Selain itu, KITAMEN juga menandatangani perjanjian dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mempromosikan kempen “Healthy Gaming“. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang permainan digital sebagai  satu aktiviti yang menyeronokkan namun ia mesti dijalan secara berhemah.

https://www.youtube.com/watch?v=pXKZaOr69qg

Turut dilancarkan pada majlis yang sama adalah inisiatif dana Equity Crowd Funding (ECF) yang mana ia bertujuan mendapat pelaburan daripada pelbagai pihak untuk membina sebuah komuniti pemain e-sukan. Salah satu sasaran mereka adalah mendirikan sebuah pusat e-sukan khas yang serba lengkap untuk kegunaan komuniti pemain. Memandangkan purata Malaysia mempunyai seramai 14 juta bilangan pemain, KITAMEN berhasrat untuk menyediakan ruang platform khas untuk e-sukan.

KITAMEN adalah jenama komuniti e-sukan yang memfokuskan industri permainan video digital. Dengan mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang dan di seluruh Malaysia, kini KITAMEN membuka peluang e-sukan kepada masyarakat dengan lebih mudah.

Sohor Kini